Projek Penyelidikan I (PPI), merupakan satu subjek penyelidikan yang diwajibkan kepada semua pelajar Universiti Malaysia Kelantan. Projek Penyelidikan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dn membuka minda pelajar mengenai kajian yang dipilih dan memberi peluang untuk menghasilkan sesuatu kajian baru yang belum dilakukan sebelum ini. Penyelidikan ini juga memberi pengetahuan kepada pelajar untuk memahami apa yang dikai dan mendisiplinkan diri dalam melakukan sesuatu kerja. Melalui penyelidikan ini, apa yang dipelajari di Universiti boleh dipraktikan di dalam proses pembangunan dan pengurusan harian sesebuah organisasi. Ia juga dapat mengembangkan industri dan Universiti. Sehubungan dengan itu, projek penyelidikan memainkan peranan sebagai persediaan bagi membolehkan seseorang pelajar itu mencebur diri dalam sesuatu profession berkaitan dengan kajian yang dilakukan.