Dikir Barat sememangnya merupakan salah satu seni persembahan yang popular dari kelantan dan merupakan antara seni warisan yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Dikatakan bukan sahaja di kelantan, namun di setiap negeri telah mula mempergiatkan seni persembahan ini malah telah mula diperkenalkan di luar negara. Tidak dinafikan, melalui perkembangan media juga, secara tidak langsung telah menaikkan lagi nama Dikir sehingga telah dijadikan salah satu pertandingan oleh pihak kerajaan. Walaupun begitu, beberapa tahun ini Dikir Barat telah berubah coraknya dari segi persembahan ekoran daripada impak yang dibawa oleh media.