Laporan ini telah menerangkan mengenai penyelidikan tentang penggunaan bekas makanan (tray) terhadap mangsa banjir di Kelantan. Penyelidikan ini telah dilakukan selama beberapa bulan yang merangkumi kajian kes, pencarian data dari sumber media seperti majalah, buku, laman web, dan sebagainya. Penyelidikan ini telah dilakukan secara terperinci mengikut masa yang telah ditetapkan untuk menyiapkan penyelidikan ini. Laporan ini menjurus kepada Projek Penyelidikan di mana telah melalui proses pencarian maklumat dengan mengumpulkan data yang telah dibuat untuk menyiapkan peyelidikan ini. Laporan ini turut menyediakan beberapa maklumat berkaitan dengan rekaan produk, fungsi rekaan, tujuan rekaan dan sebagainya. Selain itu, penyelidikan ini turut melibatkan metodologi penyelidikan dalam kajian yang dilakukan di sekitar Kota Bharu dan telah mencari beberapa responden tempatan untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya memberi beberapa cadangan untuk rekaan bekas makanan (tray) bagi memenuhi kehendak pengguna.