Tesis ini menceritakan tentang Sejarah Sebelum Dan Seleps Zaman Perang Dunia Ke-II sekita tahun 1939-1945 dahulu telah banyak meninggalkan kesan yang negatif di kalangan masyarakat Melayu pada zaman ini. Golongan veteran pada hari ini masih belum dapat melupakan kisah pada zaman penjajahan ini, namun lebih memfokuskan terhadap kubu-kubu British di pesisir pantai Bachok. Kubu-kubu yang terdapat di daerah Bachok itu telah dibina oleh tentera British yang bertujuan untuk menentang kemarahan tentera Jepun dalam Perang Dunia Ke-II. Tentera British yang berbangsa India (Punjab) telah ditugaskan untuk berkawal di pesisir pantai dengan kental. Mereka berusaha untuk mempertahankan Kelantan dan menjaga lapangan di Pengkalan Chepa, Machang dan di Gong Kedak, Pasir Puteh daripada jatuh ke tangan pihak musuh. Pembinaan kubu yang rapi sesuai dengan kedudukan pertahanan yang strategik sedikit sebanyak telah dapat memperlahankan pergerakan musuh untuk terus memasuki Kelantan dengan cepat. Menurut sejarah, penggunaan kubu-kubu sebagai alat untuk mempertahankan diri dari pihak musuh sedikit sebanyak dapat memperlambatkan pergerakan pihak musuh dari menawan Tanah Melayu pada waktu itu. Kubu-kubu perang yang telah dibina oleh tentera British di pesisiran pantai Bachok semasa Perang Dunia Ke-II dahulu merupakan warisan perang yang perlu dilindungi sebagai warisan yang dapat dihayati oleh generasi-generasi masa kini dan akan dating. Selain itu ia bertujuan untuk memunafaatkan bukti-bukti hasil peninggalan sejarah perang ini agar dihargai dan dilindungi kerana ia berpotensi untuk dijadikan alah satu kawasan atau tempat pelancongan yang utama di Negeri Kelatan.