Teromba merupakan perbilangan adat yang lahir daripada amalan masyarakat Melayu dahulu terutama dalam Adat Perpatih kerana teromba dapat menyelamatkan manusia dan dapat membawa kepada suasana hidup yang harmonis. Jika di lihat dari segi ungkapan dan maksud, teromba banyak mengajar dan mendidik masyarakatnya dalam pelbagai aspek kehidupan. Kajian ini cuba melihat teromba sebagai alat kawalan sosial dalam masyarakat Melayu. Kawalan tersebut dikaji dalam aspek adat, undang-undang, masyarakat dan ekonomi. Selain itu juga, kajian ini juga menekankan pengertian teromba, peranan teromba dan mesej disebalik teromba tersebut sebagai alat kawalan sosial.