Kertas kerja ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan penggunaan cd multimedia interaktif dalam pendidikan islam bab adab dan akhlak islamiah dalam kalangan pelajaran tingkatan lima di dua buah sekolah daerah Kuala Krai Kelantan. Bagi mendapatkan maklumat ini, seramai 60 orang pelajar terlibat dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Manakala 4 orang guru juga diminta untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Pada masa kini, pelajar banyak didedahkan dengan pelbagai teknologi terkini dan guru adalah tenaga pengajar yang terbaik untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pelajar. Ini kerana, Pengajaran secara baik kerana pelajar mudah jemu dan bosan. Selain daripada itu, diselitkan juga beberapa persoalan tentang tahap penguasaan pelajar dan persepsi guru terhadap penggunaan "Compact Disc" multimedia interaktif dalam pembelajaran.