Citation
Osman Senawi (2011) Pengurusan koleksi muzium kajian kes di Jabatan Muzium Sarawak. UNSPECIFIED thesis, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. (Submitted) |
Abstract
Kertas ilmiah ini cuba mengkaji aspek pengurusan koleksi yang mana kajian kes telah dijalankan di Jabatan Muzium Sarawak. Persoalan yang akan ditinjau ialah bagaimana proses atau kaedah pengurusan koleksi bagi Jabatan Muzium Sarawak dari peringkat perolehan sehinggalah ke peringkat penyimpanan dan penyebaran maklumat koleksi. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif. Kaedah penulisan yang digunakan pula adalah analisis diskriptif. Kaedah ini digunakan bagi menghuraikan secara terperinci hasil kajian yang telah diperolehi. Dengan menggunakan data primer yang diperolehi melalui temubual ke atas pegawai dan staf muzium dan juga tinjauan lapangan, suatu analisis data disusun dan dihuraikan ke dalam bentuk penulisan untuk mengetahui kaedah pengurusan koleksi Jabatan Muzium Sarawak. Seterusnya kajian ini cuba memberikan cadangan yang dianggap relevan sebagai rujukan dan rundingan untuk kajian seterusnya. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2011 |
Number of Pages: | 115 |
Supervisor: | Dato' Dr. Adi Bin Hj. Taha |
Programme: | Muzium dan Arkib |
Institution: | Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5549 |
Statistic Details: | View Download Statistic |