Penggunaa tasbih dalam upacara keagamaan adalah suatu perkara biasa dan tasbih telah digunakan oleh hamper setiap penganut agama di seluruh dunia. Kajian pengkaji mengenai tasbih merupakan salah satu inovasi dalam mencari motif reka corak dan reka bentuk fesyen yang diinspirasikan dari tasbih. Segala sumber informasi dan idea telah ditulis oleh pengkaji di dalam Projek Penyelidikan 1, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dan Warisan dalam bidang Tekstil dan Fesyen di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Tumpuan utama pengkaji dalam projek penyelidikan ini ialah tertumpu pada tasbih bagi agama-agama yang terdapat dalam Malaysia. Kajian ini amat penting bagi mengekalkan kehormatan dan kesucian tasbih serta agar orang ramai dapat mengetahui tentang kepelbagaian variasi tasbih mengikut kepercayaan masing-masing. Selain itu, kajian ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan mengenai manik dari perspektif keagamaan di masa akan dating.