Kajian ini dibuat keatas 10 buah cerita rakyat koleksi Zakaria Hitam dari tahun 1972 hingga 1981 yang terdapat di daerah Negeri Pahang. Koleksinya disimpab sebagai satu bahan rujukan dan bacaan di Perpustakaan Negeri Pahang yang terletak di kuantan. Cerita rakyat dilihat sebagai kerya teks sastera. Objektif kajian adalah untuk mengenali Pak Zek dengan lebih mendalam terutama sekali bermulanya beliau mendapatkan pendidikan sehingga beliau Berjaya mencipta fenomena menghasilkan dan mengumpul berates-ratus buah cerita rakyat. Selain itu, dalam teks kajian ini kita boleh memahami nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerita rakyat hasil koleksi Pak Zek. Cerita rakyat pada suatu ketika dahulu memainkan peranan penting sebagai media hiburan kepada masyarakat tradisional. Cerita rakyat dilihat sebagai suatu genre kepada kesusasteraan Melayu tradisional yang membawa amanat dan tujuan tertentu kepada masyarakat meliputi kepercayaan, budaya dan cara hidup. Cerita rakyat ini juga berperanan sebagai wadah untuk menyimpan, menyusun dan meyampaikan mesej tertentu kepada masyarakt di samping memaparkan tentang ilmu pengetahuan dan budaya bangsa. Sumbangan cerita rakyat koleksi Pak Zek dapat membentuk rasa kemanusiaan yang mempunyai sesuatu perasaan 'humunisme' kepada masyarakat khususnya. Semua maklumat dan data yang diperolehi dihuraikan secara terperinci dan mudah untuk difahami. Untuk mendapatkan nilai-nilai kemanusiaan, pengajaran, rasa ini dilihat dalam tiga konteks yang berlainan iaitu rasa simpati, rasa antipasti dan rasa empati. Semasa mentafsir dan menilai sesuatu fenomena, keberkesanan perwatakan dan pengisian pengajaran yang terkandung didalam kajian ini merupakan perkara yang dinilai melalui perbincangan. Perkara tersebut dilihat bagi mengesan pengajaran dan nilai kemanusiaan yang tersurat dan tersirat. Dalam aspek bahasa pengkaji bersandarkan kepada kekayaan, keluasan dan kedalaman makna. Pentafsiran dan penilaian dibuat secara kualitatif dan dihurai secara terperinci. Maklumat dan data diperoleh dengan kaedah kajian kepustakaan dan tinjauan ke Arkib Negara cawangan Pahang dan Kelantan serta kajian teks. Kajian kepustakaan merujuk kepada buku-buku, tesis, kertas kerja, jurnal dan akhbar yang memperkatakan tentang Pak Zek dan karya kreatif seninya sebagai sorotan kajian. Tinjauan ke Arkib Negara dan perpustakaan membantu pengkaji mendapatkan dan melihat sesuatu atau maklumat dengan lebih tepat.