Digital Special Collection Portal

Penggunaan hiasan kaligrafi dalam dekorasi masjid di Kelantan : satu kajian kes


Citation

Nur Sazwana Che Mat (2014) Penggunaan hiasan kaligrafi dalam dekorasi masjid di Kelantan : satu kajian kes. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Masjid merupakan suatu karya yang hidup kerana ia merupakan senibina yang selalu diciptakan,dipakai oleh
masyarakat muslim secara meluas dan digunakan secara terus-terusan dari generasi ke generasi yang baru.Hiasan Kaligrafi adalah elemen yang penting dalam dekorasi sesebuah masjid kerana ia dapat menonjolkan ciri-ciri senibina Islam itu sendiri disamping memperindahkan ruangan masjid itu.Namun,kini hiasan kaligrafi ini semakin dilupai oleh masyarakat kini ekoran kemasukan pengaruh Barat dalam senibina Islam.Kajian yang akan dilakukan adalah lebih menekankan kepada penggunaan hiasan kaligrafi yang terdapat dalam dekorasi masjid di Kelantan.Penelitian ini juga bertujuan untuk melihat keunikan penggunaan hiasan kaligrafi dalam sesebuah masjid mengikut pandangan masyarakat setempat.Skop kajiannya pula adalah tertumpu kepada Masjid Kampung Laut,Masjid Langgar dan Masjid Al-Muhammadi di Kelantan, ekoran pembinaan masjid lama masyarakat Melayu dan sejajar sebagai tempat Pusat Islam.Untuk menjalankan kajian ini,kaedah yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu melalui perpustakaan,pemerhatian,soal selidik dan temubual.Dengan menggunakan kaedah ini,penyelidik dapat mengetahui penggunaan hiasan kaligrafi yang telah digunakan dalam dekorasi masjid di Kelantan dan dapat melihat pandangan masyarakat mengenai keistimewan penggunaan hiasan kaligrafi.Melalui kajian ini,masyarakat akan mengetahui betapa bernilainya hiasan kaligrafi dan menjadikannya sebagai dekorasi utama dalam sesebuah senibina.Jadi dengan kata lain,penggunaan hiasan kaligrafi ini dapat didedahkan untuk menjaga estetikanya sebagai lambang keislaman bagi negara Malaysia.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2014
Number of Pages: 82
Supervisor: Fauzi Bin Ab.llah
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5325
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2