Digital Special Collection Portal

Istana Jahar : ruang dan peranan ruang di Istana Jahar serta asal usul Balai Tarik dan Balai Lintang.


Citation

Nur Najihah Norzaiman (2014) Istana Jahar : ruang dan peranan ruang di Istana Jahar serta asal usul Balai Tarik dan Balai Lintang. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah tentang Istana Jahar.Istana Jahar pada mulanya dikenali dengan nama Istana Raja Bendahara.Istana ini mula dibina pada akhir zaman pemerintahan Sultan Muhammad II( 1837-1886) dan siap sepenuhnya pada tahun 1887.Objektif utama adalah untuk mengenalpasti ruang dan mengkaji peranan ruang
di Istana Jahar setelah dijadikan Muzium Adat Istiadat.Untuk mengkaji asal usul Balai Tarik dan Balai Lintang juga merupakan objektif kajian ini.Pernyataan masalah dalam kajian ini adalah kurang kajian tentang ruang-ruang yang terdapat dalam Istana Jahar.Pernyataan masalah yang kedua adalah kurang pendedahan tentang peranan ruang di Istana Jahar setelah dijadikan muzium.Pernyataan masalah yang ketiga adalah kurangnya kajian yang lebih mendalam tentang asal usul Balai Tarik dan Balai Lintang.Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat tentang kajian ini adalah kaedah temubual,tinjauan,perpustakaan,lokasi kajian lapangan dan sumber internet.Hasil kajian yang diperoleh adalah dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang ruang dan peranan ruang di Istana Jahar.Peranan ruang di Istana Jahar telah berubah setelah dijadikan muzium.Kajian ini amat berguna kepada pelajar-pelajar dan untuk golongan yang berminat untuk mengkaji bangunan bersejarah.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2014
Number of Pages: 66
Supervisor: Fauzi Bin Ab.llah
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5324
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2