Digital Special Collection Portal

Peranan main puteri dalam upacara perubatan tradisional masyarakat melayu di Bachok, Kelantan


Citation

Norhibayu Rashid (2014) Peranan main puteri dalam upacara perubatan tradisional masyarakat melayu di Bachok, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Main Puteri adalah salah satu cara perubatan tradisional yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya di Kelantan sejak zaman dahulu sehingga kini.Ia berfungsi sebagai ikhtiar rawatan terhadap penyakit jasmani dan juga rohani yang dihidapi oleh tubuh badan manusia.Umumnya cara perubatan main puteri dilakukan di
ruang yang terbuka dan dipersembahkan di hadapan khalayak ramai.Oleh itu,kajian ini menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah temubual dan pemerhatian.Jika diperhatikan, persembahan main puteri melibatkan penggunaan alat-alat muzik tradisional.Cara perubatan main puteri pula melibatkan hubungan komunikasi dua hala antara alam nyata dan alam ghaib.Sehubungan itu,untuk mengetahui punca- punca penyakit yang dihidapi oleh pesakit,pelbagai cara digunakan oleh tok teri untuk melihat jenis penyakit seperti melalui mantera memujuk kuasa spiritual yang dikatakan menjadi punca seseorang itu jatuh sakit.Justeru itu,artikel ini membincangkan berkaitanperanan main puteri dalam upacara perubatan tradisional masyarakat melayu di Bachok,Kelantan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2014
Number of Pages: 69
Supervisor: Nursuriani Binti Shafee
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) For photography, see TR
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5323
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2