Kajian ini mengkaji tentang seni bina wakaf yang terdapat di Kelantan.Kajian ini memberi fokus terhadap pengaruh ciri-ciri fizikal seni bina wakaf tradisional Melayu terhadap seni bina wakaf moden di Kelantan dan fungsi simbolik terdapat dalam seni bina wakaf yang dikaji.Kaedah kajian yang digunakan merupakan gabungan kaedah temubual,kaedah dokumentasi dan kaedah lapangan.Reka bentuk kajian menggunakan kaedah analisis data secara kualitatif menggunakan pendekatan deskriptif.Dapatan kajian mendapati ciri-ciri fizikal iaitu ragam hias dan reka bentuk terdapat pada seni bina wakaf tradisional Melayu dan seni bina wakaf moden yang mempunyai lambang identiti mengenai kebudayaan dan kesenian dalam kehidupan masyarakat di Kelantan.Hasilnya,kajian ini memberi kefahaman tentang ragam hias dan reka bentuk seni bina wakaf tradisional Melayu dan seni bina wakaf moden di Kelantan yang secara tidak langsung menyumbangkan sumber ilmu sosiobudaya.