Peningkatan taraf hidup yang dinikmati oleh masyarakat Orang Asli di Negara ini adalah kesan pembangunan dan pengurusan hal ehwal masyarakat.Kerajaan telah menyusun pelan pembangunan yang teratur dalam usaha untuk membawa Orang Asli keluar daripada kelompok kemiskinan,melalui pelan strategik kemajuan Orang Asli tahun 2011-2015 ini terbukti telah membawa pendekatan dan strategi yang disusun semula berasaskan enam teras utama.Diantara enam teras utama antaranya ialah teras yang ke lima iaitu teras menyelidik,mengumpul,memulihara dan mengetengahkan pengetahuan tradisional dan warisan Orang Asli.Berlandaskan teras yang ke lima tersebut kajian ini meletakkan fokus utama terhadap masyarakat Orang Asli suku Jakun,yang mana suku kaum Jakun ini mengalami perubahan yang amat ketara berbanding suku kaum yang lain di semenanjung Malaysia.Pengumpulan kraftangan suku Jakun ini memperlihatkan bahawa suku Jakun ini berdepan dengan krisis kehilangan identiti diri dan seni warisan yang semakin dilupakan.