Tenunan songket dipercayai berasal daripada istana yang berkaitan dengan kesultanan Melayu kerana pada masa dahulu songket hanya boleh dipakai oleh golongan istana sahaja.Melalui catatan daripada himpunan teks sastera Melayu lama,kita boleh menemui kelangsungan tamadun berpakaian dan reka bentuk pakaian tradisional Melayu. Misalnya di dalam teks Sejarah Melayu,Hikayat Hang Tuah, Misa Melayu dan beberapa teks lain.Hasil seni songket lain juga diperkembangkan dalam produk-produk baru kraftangan rakyat terutama rakyat Kelantan dan Terengganu.Namun begitu,songket Kelantan dan Terengganu perlu dipromosikan agar ianya mendapat tempat di hati pengguna songket.Oleh hal yang demikian pengkaji ingin
mengkaji tentang keberkesanan promosi yang ada untuk mempromosikan songket Kelantan dan Terengganu ke arah yang lebih maju dan moden agar songket Kelantan dan Terengganu dapat bersaing dengan tenunan yang lain melalui promosi yang dijalankan.Salah satu daripada objektif kajian pengkaji adalah mencadangkan cara
alternatif untuk kempen mempromosikan songket di Kelantan dan Terengganu di kalangan remaja.