Taman rekreasi merupakan salah satu tempat yang dapat memberi ketenangan kepada pengunjung.Hal ini disebabkan kehijauan tumbuh-tumbuhannya memberi kesegaran kepada pengunjung menikmati suasana persekitaran.Oleh itu konsep
keselesaan di dalam rekabentuk adalah patut diterapkan ke dalam sesebuah perabot di taman rekreasi bagi memudahkan pengunjung untuk melakukan sesuatu aktiviti mengikut kesesuaian mereka.Selain itu,rekabentuk yang berinteraktif sesuatu perabot mampu memberi keselesaan kepada pengunjung di taman rekreasi semasa mereka menikmati alam persekitaran ataupun melakukan sesuatu aktiviti.Laporan ini menjurus kepada kajian Projek Penyelidikan di mana telah melalui proses pencarian
maklumat dengan mengumpulkan data melalui pemerhatian dan temubual yang telah dibuat untuk menyiapkan penyelidikan. Laporan ini turut menyediakan beberapa maklumat berkaitan dengan rekaan produk interaktif,tingkahlaku manusia di taman,cara duduk manusia ditaman dan sebagainya.Pengkaji telah memberi beberapa cadangan untuk merekabentuk perabot yang berinteraktif kepada pelbagai posisi duduk yang berbeza di taman rekreasi bagi memberikan keselesaan kepada pengguna.