Dewasa ini, industri automotif berkembang dengan begitu pesat kerana kenderaan seperti kereta, van dan sebagainya telah menjadi satu keperluan pengangkutan yang penting dalam kehidupan manusia.Oleh hal yang demikian, dengan
berkembangnya industri automotif ini, secara langsung atau tidak langsung telah menyebabkan berlakunya perkembangan dalam bidang alatan untuk bantuan baikpulih dan penyelenggaran kenderaan. Dalam kerja penyelenggaran
kenderaan, kita memerlukan pelbagai peralatan yang sesuai dan mencukupi bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan berjalan dengan sempurna. Oleh itu,segala peralatan yang digunakan hendaklah selamat dan mudah
digunakan serta menjimatkan masa, khasnya dalam kerja-kerja yang perlu dilakukan secara bersendirian. Tidak dapat dinafikan masa memainkan peranan yang penting dalam menjalankan pembaikpulihan kenderaan terutamanya ketika
berlakunya kebocoran pada tayar kenderaan. Jika ianya berlaku semasa dalam perjalanan serta jauh dari bengkel, maka pemandu akan menghadapi masalah. Oleh hal yang demikian,fokus utama yang ingin dilakukan bagi projek ini ialah merekabentuk sebuah alat bantuan menggantikan tayar kereta bagi kegunaan masyarakat, khususnya bagi golongan wanita.