Penyelidikan yang dihasilkan ini adalah sebuah perisian yang berbentuk pembelajaran kepada pelajar.Perisian pembelajaran ini merupakan salah satu teknik pembelajaran
berbentuk digital yang bertajuk “Pembangunan CD Interaktif Pembelajaran eBook Iqra”.eBook ini bersesuaian dengan pelajar yang baru belajar mengenal huruf-huruf
Hijaiyyah.Kajian lapangan berbentuk soal selidik dilakukan untuk meninjau kaedah-kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru dalam mendidik pelajar-pelajar
untuk mengenal dan mengingati hasil pembelajaran.Berdasarkan analisis,guru-guru menggunakan beberapa pendekatan tertentu seperti gabungan imej dan audio untuk memudahkan pelajar mengenal dan mengingati huruf-huruf Hijaiyyah disamping mempengaruhi minat pelajar terhadap pembelajaran di dalam kelas.eBook berbentuk CD-Interaktif ini adalah gabungan kepelbagaian unsur multimedia seperti Audio,Imej,Animasi,Teks serta Interaktiviti.Oleh yang demikian, ianya memberi banyak kelebihan kepada pengguna dalam memudahkan pengguna untuk mempelajari,mengingat dan menghafal Huruf-huruf Hijaiyyah dengan baik.