Digital Special Collection Portal

Urut tradisional : kajian di daerah Bachok


Citation

Nur Adilah Binti Che Kub (2015) Urut tradisional : kajian di daerah Bachok. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Masyarakat Melayu sangat kaya dengan pengetahuan yang meliputi pelbagai jenis disiplin ilmu.Antara bidang yang menarik perhatian umum Ialah ilmu yang berkaitan dengan perubatan tradisional.Rakaman tersebut memperlihatkan kekuatan minda sesuatu masyarakat yang tergambar secara halus dan memberi sumbangan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu khususnya.Secara tidak langsung ianya menjadi suatu kemahiran yang dapat digunakan sebagai rujukan ilmiah dan sumber yang perlu dihargai oleh generasi akan datang.Sejajar dengan hal! itu, ilmu perubatan tradisional sebenarnya mencerminkan kecerdasan minda masyarakat Melayu yang terakam secara indah dan halus.Ia melambangkan intelektualisme masyarakat Melayu,lambang lambang budaya,kesatuan antara manusia,alam dan pencipta dan penuh dengan makna tersirat. Ilmu ini merupakan warisan yang perlu dipelihara dan menjadi sumber pengetahuan untuk generasi akan datang.Di dalam penyelidikan ini,ia bertujuan untuk mengkaji kaedah-kaedah yang terdapat dalam sistem perubatan masyarakat Melayu tradisional.Di samping itu, pengkaji juga ingin mengupas secara terperinci tentang prinsip rawatan urutan tradisional di daerah Bachok Kelantan. Selain itu juga, di dalam kajian ini terdapat satu jenis urut tradisional iaitu urut urat saraf. Dan terdapat juga kaedah urutan tradisional yang masih diamalkan dalam masyarakat sekarang kerana bidang ini perlu di teruskan dan di amalkan bagi mengekalkan rawatan perubatan tradisional agar jelas perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan dalam kehidupan manusia.Pendek kata,perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang.Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan moden demi meningkatkan mutu perubatan di negara kita ini.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2015
Number of Pages: 80
Supervisor: Prof. Harun Bin Daud
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5299
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2