Digital Special Collection Portal

Analisis Cerpen-Cerpen Terpilih Di Dalam Kumpulan Cerpen Bidadari Burung Dengan Menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Wan Khairul Faiz, Wan Kamarull Ariffin (2019) Analisis Cerpen-Cerpen Terpilih Di Dalam Kumpulan Cerpen Bidadari Burung Dengan Menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Kajian ini mengupas berkenaan dengan penceritaan di dalam kedua-dua buah cerpen yang terpilih iaitu cerpen Moluska serta cerpen Bidadari Burung karya Syed Mohd Zakir. Kajian ini adalah berdasarkan dua buah objektif yang telah digariskan iaitu mengenal pasti serta membahaskan kepincangan-kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat melalui cerpen-cerpen terpilih yang memaparkan kehidupan yang penuh dengan kemungkaran yang memfokuskan kepada masalah keganasan dan salah guna kuasa serta fahaman liberal dengan menganalisis serta menonjolkan nilai-nilai dan ajaran Islam yang terdapat di dalam daripada cerpen-cerpen yang terpilih melalui watak-wataknya. Ianya bertujuan untuk menegakkan ajaran-Nya supaya dapat membina kehidupan yang sejahtera serta dapat membuat kebajikan kepada semua manusia dengan penonjolan watak-watak yang beriman dan beramal soleh. Seterusnya kajian ini juga telah menggunakan teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang serta diaplikasikan dengan Pengkaedahan Keagamaan iaitu dengan menggunakan pendekatan masyarakat. Penekanan kajian telah diberikan kepada perbincangan serta analisis secara terperinci dan mengikut perspektif Islam berkenaan dengan kepincangan dan permasalahan sosial yang menjadi satu cerminan kepada
masyarakat pada hari ini. Disamping itu juga, analisis dan juga penghuraian mengenai nilai dan moral yang baik terdapat di dalam kedua-dua buah cerpen juga turut
dijalankan. Melalui kajian serta penggunaan pendekatan kemasyarakatan ini juga khalayak dapat memahami, mengenalpasti dan menyedari faktor, akibat serta solusi
pada kepincangan yang berleluasa di dalam masyarakat khususnya.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 81
Supervisor: En. Sudirman Bin Kiffli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4861
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2