Kajian yang dilakukan mengenai kepentingan set latar teater dalam memberi pemahaman penonton terhadap cerita dalam pementasan teater The Miracle Seed. Set latar merupakan satu objek yang diletakkan di atas pentas bagi menggambarkan kepada latar masa, latar tempat dan latar masyarakat dalam pementasan sebuah cerita. Kajian ini diakukan untuk mengetahui tentang fungsi dan peranan set latar dalam sesebuah pementasan teater serta elemen-elemen visual yang digunakan dalam merekabentuk set latar dalam pementasan teater The Miracle Seed. Berdasarkan kajian yang dilakukan, pereka set dalam sesebuah produksi tidak menetapakan fungsi dan peranan serta elemen-elemen visual terhadap set latar dalam pementasan teater yang menyebabkan penonton tidak dapat memahami serta tidak fokus terhadap cerita yang disampaikan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti memberi penjelasan kepada semua produksi teater mengenai kepentingan set latar dalam pementasan teater yang berkaitan dengan pemahaman penonton terhadap persembahan yang dilakukan. Kesimpulannya, kajian ini diharap menjadi rujukan kepada generasi akan datang terutamanya bakal penyelidik dan para pelajar