Digital Special Collection Portal

Unsur Ekstrinsik Dalam Pembentukan Sifat Mahmudah Menerusi Novel Stanza Cinta karya Nurul Halawati : Pendekatan Takmilah


Citation

Samsuri, Nurul Solahah (2019) Unsur Ekstrinsik Dalam Pembentukan Sifat Mahmudah Menerusi Novel Stanza Cinta karya Nurul Halawati : Pendekatan Takmilah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Nurull Halawati Binti Haron merupakan seorang pengkarya yang amat mementingkan unsur keagamaan di dalam novel yang dihasilkan oleh beliau. Kajian ini terdiri daripada tiga objektif utama yang amat diberi penekanan dalam melaksanakan kajian. Pertama, kajian ini menyentuh mengenai sifat-sifat mahmudah pada watak wanita yang terdapat di dalam novel dengan mengaplikasikan pendekatan takmilah di dalamnya. Kajian ini turut menumpukan pendekatan takmilah yang berpaksikan kepada konsep tauhid yang digagaskan oleh Dr. Shafie Abu Bakar yang mengangkat prinsipprinsip di bawahnya yang merangkumi tujuh prinsip. Namun, pengkaji hanya berfokuskan kepada tiga prinsip dalam pendekatan takmilah. Menerusi kajian ini juga, pengkaji turut menjelaskan mengenai unsur-unsur ekstrinsik dan unsur agama yang terkandung di dalam novel. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk memberi penekanan dan pendedahan kepada khalayak mengenai nilai baik dan pengajaran dengan lebih mendalam dan kreatif.
(Kata Kunci: Nurull Halawati, unsur ekstrinsik, sifat mahmudah, unsur agama, pendekatan takmilah)

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 126
Supervisor: Siti Nur Anis Binti Muhammad Apandi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4797
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2