Citation
Samsuri, Nurul Solahah (2019) Unsur Ekstrinsik Dalam Pembentukan Sifat Mahmudah Menerusi Novel Stanza Cinta karya Nurul Halawati : Pendekatan Takmilah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. |
Abstract
Nurull Halawati Binti Haron merupakan seorang pengkarya yang amat mementingkan unsur keagamaan di dalam novel yang dihasilkan oleh beliau. Kajian ini terdiri daripada tiga objektif utama yang amat diberi penekanan dalam melaksanakan kajian. Pertama, kajian ini menyentuh mengenai sifat-sifat mahmudah pada watak wanita yang terdapat di dalam novel dengan mengaplikasikan pendekatan takmilah di dalamnya. Kajian ini turut menumpukan pendekatan takmilah yang berpaksikan kepada konsep tauhid yang digagaskan oleh Dr. Shafie Abu Bakar yang mengangkat prinsipprinsip di bawahnya yang merangkumi tujuh prinsip. Namun, pengkaji hanya berfokuskan kepada tiga prinsip dalam pendekatan takmilah. Menerusi kajian ini juga, pengkaji turut menjelaskan mengenai unsur-unsur ekstrinsik dan unsur agama yang terkandung di dalam novel. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk memberi penekanan dan pendedahan kepada khalayak mengenai nilai baik dan pengajaran dengan lebih mendalam dan kreatif. |
Download File / URL
Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2019 |
Number of Pages: | 126 |
Supervisor: | Siti Nur Anis Binti Muhammad Apandi |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4797 |
Statistic Details: | View Download Statistic |