Citation
Saili@Suhaili, Sofia (2019) Pemasangan Kemudahan Asas Bangunan Dalam Aspek Pemuliharaan Bangunan Warisan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). |
Abstract
Kajian ini akan membincangkan maklumat berkaitan dengan pemasangan kemudahan asas bangunan pada bangunan warisan. lanya bertujuan untuk mencari kaedah yang wajar digunakan bagi menjalankan kegiatan ini supaya dapat meminimakan gangguan ke atas bangunan warisan- Tinjauan ini dijalankan ke atas dua buah bangunan warísan yang terdapat di kawasan timur, semenanjung Malaysia. Dalam pada itu, kajian ini juga membincangkan jenis — jenis kemudahan asas yang wajar untuk dipasang pada bangunan warisan berdasarkan kepentingan bangunan tersebut terhadap masyarakat. Hal ini berikutan kerana, pergerakan arus semasa telah mengubah jenis kemudahan bangunan ini agar ianya seiring dengan keperluan semasa- Oleh yang demikian bagi menyelaraskan fungsi bangunan warisan ini agar dapat bergerak seiring dengan bangunan moden yang lain, pemasangan kemudahan asas bangunan ini harus dijalankan ke atas bangunan warisan. Pemasangan kemudahan asas ini ke atas bangunan warisan secara tidak langsung dapat memelihara bangunan warisan daripada dimusnahkan berikutan usianya yang lama serta tidak digunakan. Maka dengan itu, pemeliharaan bangunan warisan dapat dijalankan dengan jayanya. |
Download File / URL
Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2019 |
Number of Pages: | 89 |
Supervisor: | En. Sahrudin Bin Mohamed Som |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Konservasi warisan) dengan Kepujian |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4794 |
Statistic Details: | View Download Statistic |