Rumah merupakan sebuah binaan yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Senibina rumah tersebut mempunyai perbezaan dari setiap negeri. la dapat dikaitkan dengan isu pada hari ini yang di lihat apabila rumah tradisional nenek moyang semakin berkurangan. Selain itu, ciri rekabentuk rumah tradisi sudah berkurangan dan mementingkan ciri rekabentuk moden. Pegangan dan pengamalan budaya tradisi dalam kehidupan juga semakin dilupakan. Oleh itu, pengkaji telah kemukakan tiga objektif yang merangkumi sejarah, ciri keunikan serta filosofi rumah tradisional. Dalam penyelidikan ini kaedah kualitatif digunakan untuk memperolehi data yang
tepat. Seterusnya Hasil dapatan kajian yang diperolehi telah menjawab kesemua objektif. Akhir sekali, beberapa cadangan diberikan untuk mengekalkan senibina
rumah tradisional.