Penulisan ilmiah ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan poster melalui pendekatan teori Lichtenstein. Turut dibincangkan tentang tahap pemahaman masyarakat terhadap poster sama ada poster gaya Pop Art atau poster yang lebih realis (The Miracle Seed). Dalam kajian ini, pengkaji juga menerangkan sedikit perbandingan atau ciri-ciri yang terdapat di antara poster Pop Art dengan poster realis (The Miracle Seed). Pengkaji menerangkan kriteria-kriteria asas dalam penghasilan poster berkesan selepas melihat
kepada analisis melalui data responden terhadap keberkesanan poster. Pada akhir bab ini, pengkaji memberi cadangan terhadap peningkatan atau penambahbaikan keberkesanan poster pada masa kini.