Citation
Radzali, Nurul Najihah (2019) Pemeliharaan Teknik Penghasilan Kraftangan Tekat Secara Tradisional Dalam Era Modenisasi Di Kuala Kangsar, Perak. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). |
Abstract
Dalam projek penyelidikan ini, pengkaji menjalankan kajian berkaitan dengan pemeliharaan teknik penghasilan kraftangan tekat secara tradisional dalam era modenisasi. Kraftangan tekat merupakan warisan kesenian dan keindahan hasil tangan yang dilakukan dengan menjahit benang emas ke atas lapisan kertas supaya ia kelihatan timbul. Kehalusan jahitannya memerlukan kepakaran dan hasil tangan yang berpengalaman bagi menggambarkan ketelitian dan keindahan seni kraftangan ini. Kraftangan ini antara warisan budaya yang semakin dilupakan. Antara pernyataan masalah berkaitan dengan pemeliharaan teknik penghasilan kraftangan tekat secara tradisional adalah tukang atau pembuat tekat sukar ditemui, kewujudan meşin sulaman menyebabkan teknik penghasilan kraftangan tekat secara tradisional semakin berkurang dan kurangnya pengetahuan golongan muda tentang kraftangan tekat. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti teknik penghasilan kraftangan tekat secara tradisional yang masih dikekalkan dalam era modenisasi dan mengkaji cara pemeliharaan teknik penghasilan kraftangan tekat secara tradisional. Pengkaji juga menggunakan kajian terdahulu sebagai panduan dan rujukan dalam kajian ini. Keadah kajian yang pengkaji gunakan adalah kaedah perpustakaan seperti bükü, carian internet. Selain itu, kaedah kualitatif iaitu analisis dokumen seperti artikel dan juga kajian lapangan seperti pemerhatian dan temu bual. Pengkaji menemu bual 4 orang responden terdiri daripada seorang pembuat tekat dan 3 orang golongan muda yang tinggal di Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Melalui temu bual tersebut, pengkaji mendapati pentingnya penglibatan golongan muda terhadap kraftangan tekat sebagai pelapis untuk memastikan teknik penghasilan kraftangan ini terus dipelihara. Oleh itu, cadangan bagi memelihara kraftangan tekat adalah dengan penganjuran program khas untuk golongan muda berkenaan dengan kraftangan tekat agar teknik penghasilan kraftangan tekat secara tradisional dijaga nilai warisannya. |
Download File / URL
Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2019 |
Number of Pages: | 122 |
Supervisor: | Tsuji Shyuji |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4770 |
Statistic Details: | View Download Statistic |