Digital Special Collection Portal

Kajian Motif Ukiran Kayu Dan Keunikan Rumah Demang Abdul Ghani Merlimau,Melaka.


Citation

Nurul Afiqah, Rabian (2019) Kajian Motif Ukiran Kayu Dan Keunikan Rumah Demang Abdul Ghani Merlimau,Melaka. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Rumah Demang Abdul Ghani merupakan sebuah rumah yang mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Rumah Demang Abdul Ghani juga antara rumah yang tertua di Melaka yang
terletak di Merlimau. Rumah ini pernah mendapat gelaran Istana Merlimau pada suatu ketika dahulu kerana keindahan seni bina rumah tersebut. rumah yang penuh dihiasi dengan ukiran yang sangat menarik. Keindahan ukiran yang diserikan dengan warna yang cantik dan menarik. Namun begitu, motif ukiran kayu kurang dikenali oleh masyarakat kini terutamanya generasi baru. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetahui motif ukiran kayu yang terdapat pada rumah Demang Abdul Ghani dengan mengkaji jenis motif ukiran kayu dan pengaruh motif ukiran kayu serta mencari keunikan yang terdapat pada rumah Demang Abdul Ghani. Melalui kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif untuk mendapatkan
data-data yang lebih terperinci bagi melengkapkan kajian. Hasil kajian ini pengkaji berjaya mengenal pasti jenis dan pengaruh motif ukiran kayu serta keunikan yang terdapat pada rumah Demang Abdul Ghani. Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat menjadi rujukan tentang motif ukiran kayu dan rumah Demang Abdul Ghani untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lagi tentang motif ukiran kayu dan rumah Demang Abdul Ghani.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw@umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 92
Supervisor: Pn Farrah Atikah Bt Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4744
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2