Digital Special Collection Portal

Kepentingan Elemen Extra-Turns Tarian dan Nyanyian sebagai Satu Daya Tarikan Penonton Terhadap Persembahan Bangsawan.


Citation

Nurshahira Drahim (2019) Kepentingan Elemen Extra-Turns Tarian dan Nyanyian sebagai Satu Daya Tarikan Penonton Terhadap Persembahan Bangsawan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Penulisan mengenai elemen extra-turns tarian dan nyanyian didapati tidak terlalu mendapat perhatian para pengkaji teater bangsawan terutamanya apabila maklumat mengenai extra-turns hanyalah cebisan-cebisan ringkas yang terdapat dalam beberapa buah penulisan. Maka tujuan kajian ini adalah untuk merungkaikan mengenai elemen extra-turns tarian dan nyanyian yang menjadi daya tarikan terhadap persembahan bangsawan. Extra-turns adalah slot selingan antara babak-babak dalam teater bangsawan. Elemen ini yang membezakan teater bangsawan dengan teater-teater tradisional atau moden yang lain. Persembahan lazim yang dipersembahkan semasa slot selingan tersebut adalah persembahan tarian dan nyanyian. Hasil kajian mendapati elemen extra-turns tarian dan nyanyian merupakan elemen utama yang menyumbang kepada populariti bangsawan. Rasionalnya mengapa extra-turns tarian dan nyanyian menjadi daya tarikan penonton yang sangat penting kepada persembahan bangsawan? Persembahan tarian dan nyanyian mendapat sentuhan elemen-elemen tertentu di dalam persembahannya. Pengarah atau penggiat bangsawan memasukkan elemen-elemen kreatif yang membolehkan persembahan tersebut menjadi daya tarikan utama kepada penonton. Extra-turns menegaskan sesuatu hiburan yang memiliki keragaman, kekinian, kekaguman dan popular.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 81
Supervisor: Prof. Madya Dr. Andika Aziz Hussin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4738
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2