Digital Special Collection Portal

Kecerdasan Emosi Watak Lelaki Menerusi Novel Syabab Musafir Kasih : Karya Fatimah Syarha.


Citation

Nur Husnina Kamaruddin (2019) Kecerdasan Emosi Watak Lelaki Menerusi Novel Syabab Musafir Kasih : Karya Fatimah Syarha. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi dan mencapai komponen kecerdasan emosi yang dihasilkan oleh Daniel Goleman pada tahun 1998, dan juga mengenalpasti bentuk-bentuk emosi (1997) yang terkandung dalam diri seseorang manusia. Walau bagaimanapun kajian ini dihasilkan berpandukan teks iaitu novel Syabab Musafir Kasih oleh Fatimah Syarha, yang diterbitkan pada tahun 2008 keluaran Telaga Biru. Dengan menelitikan jalan penceritaan yang ditonjolkan oleh pengkarya tersebut maka komponen-komponen kecerdasan emosi dapat diaplikasikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan komponen kecerdasan emosi ini ianya mempunyai kesedaran kendiri dan kesedaran sosial. Secara tidak langsung terdapat lima komponen kecerdasan emosi oleh Goleman iaitu mengenali emosi diri, mengurus emosi, memotivasikan diri, empati dan membina hubungan. Melalui kajian yang dijalankan ini, beberapa objektif telah dikenalpasti iaitu mengenalpasti bentuk-bentuk emosi dan menganalisis model kecerdasan emosi (MKE). Hasil kajian yang dijalankan ini telah menggunakan kualitatif iaitu mengumpulkan data-data untuk melengkapkan kajian. Kajian ini diharapkan akan memberi sumbangan yang berguna terhadap kajian ilmiah dalam bidang kesusasteraan di Malaysia.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 101
Supervisor: Pn. Siti Nur Anis Binti Muhammad Apandi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4698
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2