Kajian ini dijalankan untuk memenuhi dan mencapai komponen kecerdasan emosi yang dihasilkan oleh Daniel Goleman pada tahun 1998, dan juga mengenalpasti bentuk-bentuk emosi (1997) yang terkandung dalam diri seseorang manusia. Walau bagaimanapun kajian ini dihasilkan berpandukan teks iaitu novel Syabab Musafir Kasih oleh Fatimah Syarha, yang diterbitkan pada tahun 2008 keluaran Telaga Biru. Dengan menelitikan jalan penceritaan yang ditonjolkan oleh pengkarya tersebut maka komponen-komponen kecerdasan emosi dapat diaplikasikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan komponen kecerdasan emosi ini ianya mempunyai kesedaran kendiri dan kesedaran sosial. Secara tidak langsung terdapat lima komponen kecerdasan emosi oleh Goleman iaitu mengenali emosi diri, mengurus emosi, memotivasikan diri, empati dan membina hubungan. Melalui kajian yang dijalankan ini, beberapa objektif telah dikenalpasti iaitu mengenalpasti bentuk-bentuk emosi dan menganalisis model kecerdasan emosi (MKE). Hasil kajian yang dijalankan ini telah menggunakan kualitatif iaitu mengumpulkan data-data untuk melengkapkan kajian. Kajian ini diharapkan akan memberi sumbangan yang berguna terhadap kajian ilmiah dalam bidang kesusasteraan di Malaysia.