Digital Special Collection Portal

Kepentingan dan Cabaran Dalam Pemeliharaan Rumah Sri Saleiwangeng (Memorial Daeng Hadadek)


Citation

Nur Hidayanti, Ahmad Berori (2019) Kepentingan dan Cabaran Dalam Pemeliharaan Rumah Sri Saleiwangeng (Memorial Daeng Hadadek). Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Rumah tradisional di Malaysia merupakan salah satu warisan ketara yang mempunyai nilai yang tinggi. Hal ini demikian kerana rumah tradisonal ini membawa bersama nilai warisan kita yang mempunyai nilai keistimewaan yang perlu di jaga untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada generasi akan datang. Rumah Sri Saleiwangeng merupakan rumah tradisional masyarakat Bugis yang perlu diberi perhatian kerana keunikan yang tersendiri dari segi
senibinanya. Pemeliharaan rumah Sri Saleiwangeng mempunyai kepentingan dan juga cabaran yang tersendiri. Akhir sekali, adat dan pantang larang masyarakat Bugis semasa pembinaan rumah semakin tidak diamalkan dan tidak diketahui oleh masyarakat kita dan masyarakat Bugis sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kajian temubual, pemerhatian dan juga borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk Kampung Sungai Kuali seramai 59 orang responden. Hasil soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji mengenai kepentingan dan juga cabaran dalam pemeliharaan Rumah Sri Saleiwangeng menunjukkan responden
bersetuju bahawa pemeliharan rumah Sri Saleiwangeng ini mempunyai kepentingan daripada aspek pendidikan, pelancongan dan juga pengekalan warisan. Akhir sekali, rata-rata responden juga bersetuju mengenai terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam pemeliharaan rumah Sri Saleiwangeng pada masa kini.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw@umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 76
Supervisor: Pn Farrah Atikah Bt Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4697
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2