Penggunaan warna alam terhadap tekstil merupakan satu teknik yang telah digunapakai sejak sekian lama oleh manusia. Pelbagai cara telah digunakan untuk mendapatkan hasil warna yang yang sempurna pada tekstil. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat kualiti warna yang terhasil pada tekstil berdasarkan bilangan celupan yang berbeza. Bahan alam semulajadi yang digunakan dalam kajian ini ialah daun manggis, dahan nangka, kunyit, daun tekoma, dan daun inai. Bagi mendapatkan warna, bahan bahan ujikaji hendaklah direbus sekurang kurangnya 8 jam. Bagi
mengekalkan warna pada tekstil, penggunaan mordan juga turut ditekankan. Mordan yang digunakan ialah air kapur.