Courtyard ataupun telaga udara merupakan seni bina yang terdapat pada rumah kedai terutamanya di tapak warisan dunia George Town, Pulau Pinang. Seni bina ini,telah dibawa masuk oleh masyarakat cina yang telah berhijrah ke Tanah Melayu terutamanya di Pulau Pinang pada suatu ketika dahulu. Courtyard merupakan bahagian terbuka yang dibina ditengah-tengah bahagian rumah kedai yang mempunyai fungsi dan peranannya tersendiri.Namun begitu, pada masa kini kebanyakkan seni bina dalaman rumah kedai telah dibuat penyesuigunaan terutamanya pada bahagian courtyard. Didalam kajian ini, pengkaji akan memberi tumpuan terhadap fungsi courtyard yang terdapat pada rumah kedai, kepentingan pemuliharaan courtyard dan mengenalpasti pendekatan penyesuigunaan semula ke atas courtyard rumah kedai di George Town, Pulau Pinang.Oleh itu, kajian ini telah dijalankan bagi mengenalpasti sejauh manakah pendekatan penyesuigunaan semula yang telah dijalankan pada bahagian courtyard yang merupakan antara seni bina unik rumah kedai.