Digital Special Collection Portal

Kajian Tentang Simbolik Terhadap Persembahan Tarian Kuda Kepang di Kulai, Johor


Citation

Muhammad Akmar, Ali (2019) Kajian Tentang Simbolik Terhadap Persembahan Tarian Kuda Kepang di Kulai, Johor. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui simbolik yang terdapat didalam persembahan tarian Kuda Kepang. Menerusi kajian ini juga, keistimewaan yang terdapat didalam persembahan Kuda Kepang ini juga dapat diperolehi dan kesesuaian waktu untuk melakukan persembahan tarian ini
juga dapat diketahui. Didalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan cara melakukan tinjauan awal ke perpustakaan di Universiti Malaysia Kelantan. Selain itu, pengkaji juga telah melakukan pemerhatian di kawasan kajan iaitu di daerah Kulai, Johor
serta telah melakukan sesi temubual untuk tiga orang responden bagi mendapatkan informasi mengenai kajian ini. Kajian ini juga di skopkan hanya di daerah Kulai, Johor kerana daerah ini dikatakan masih lagi bergiat aktif dalam persembahan tarian Kuda Kepang ini. Berdasarkan
analisis yang dilakukan mengenai kajian ini, pengkaji mendapati bahawa keistimewaan yang terdapat didalam persembahan tarian Kuda Kepang ini adalah terdapat unsur mistik didalam persembahan tarian Kuda Kepang ini. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa orang penari
yang akan mabuk di akhir persembahan dengan berkelakuan aneh menyerupai seperti binatang dan juga makhluk halus. Selain itu juga, kajian ini berjaya merungkai kesesuaian waktu untuk dilakukan persembahan tarian Kuda Kepang ini. Kebanyakan persembahan tarian kuda kepang ini sering dilakukan ketika majlis-maj|lis perkahwinan, berkhatan dan juga pesta-pesta tertentu. Kajian ini juga dapat mengenalpasti simbolik yang terdapat didalam persembahan tarian Kuda Kepang ini. Dapat disimpulkan bahawa setiap pergerakan tarian yang dipersembahkan adalah membawa maksud seakan-akan berperang. Pergerakan seperti mengangkat kaki secara perlahan-lahan ketika persembahan membawa maksud proses mengawal seekor kuda. Bagi pemakaian tarian ini pula adalah berpakaian seperti seorang pahlawan iaitu dengan memakai baju melayu dan juga baju batik Jawa.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 79
Supervisor: Pn Shahariah Norain Bt Shaharuddin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects: M Music and Books on Music > M Music
N Fine Arts > NX Arts in general
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4594
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2