Citation
Mat Isa, Siti Aishah (2019) Persepsi Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok Terhadap Tulisan Jawi. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. |
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka sejarah dan perkembangan tulisan Jawi di Malaysia, menganalisis persepsi mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan berkaitan penguasaan dan kepentingan tulisan Jawi yang menjadi Iambang identiti bangsa Melayu. Selain itu, tujuan kajian ini juga adalah untuk mencadangkan langkah pemuliharaan dan pemeliharaan tulisan Jawi dalam kalangan generasi kini. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik. Persepsi mahasiswa terhadap tulisan Jawi ditinjau dengan menggunakan Teori Persepsi. Hasil dapatan kajian melalui soal selidik yang dianalisis menunjukkan majoriti responden mempunyai pengetahuan tentang warisan tulisan Jawi dari segi sejarah tulisan Jawi dan kemahiran penguasaan tulisan Jawi. Penerimaan responden terhadap tulisan Jawi adalah ditahap baik dan memuaskan. Namun begitu, faktor modenisasi menyebabkan tulisan Jawi kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda kini. Oleh itu, langkah terbaik dan berkesan untuk memelihara warisan tulisan Jawi kepada rakyat Malaysia adalah melalui sistem pendidikan dengan melakukan transformasi bagi menggalakkan generasi kini untuk mempelajari dan menguasai tulisan Jawi dalam kehidupan seharian. |
Download File / URL
Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2019 |
Number of Pages: | 77 |
Supervisor: | Cik Daeng Haliza Binti Daeng Jamal |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4558 |
Statistic Details: | View Download Statistic |