Digital Special Collection Portal

Histografi Jambatan Gullemard Sebagai Mercu Tanda Warisan Di Negeri Kelantan


Citation

Hashim, Nur Ain (2019) Histografi Jambatan Gullemard Sebagai Mercu Tanda Warisan Di Negeri Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Penulisan laporan ini adalah untuk mengetengahkan sebuah kajian mengenai sejarah dan penerimaan masyarakat dalam menjadikan Jambatan Guillemard sebagai mercu tanda bagi Negeri Kelantan. Jambatan Guillemard merupakan sebuah jambatan yang membawa bingkisan sejarah mengenai usaha pembangunan negeri Kelantan sewaktu berada dibawah kekuasan British. Jambatan Guillemard juga merupakan sebuah jambatan yang berfungsi sebagai benteng pertahanan terakhir British sewaktu menghalang kemaraan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Ke-2. Selaras dengan objektif kajian, penulisan laporan ini berkaitan dengan sejarah Jambatan Guilla•nard.
Selain untuk mengenal pasti penerimaan masyarakat untuk menjadikan Jambatan Guillemard sebagai mercu tanda negeri Kelantan dan memfokuskan kepada fungsi jambatan ini pada masa dulu dan kini. Penulisan Jambatan Guillemard merangkumi daerah Machang dan Tanah Merah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu pengumpulan data secara temu bual, lawatan ke tempat kajian, borang soal selidik, rakaman video dan analisis data. Kepentingan kajian ini secara tidak langsung dapat melengkapkan sejarah pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia. Selain dapat dijadikan contoh didalam pembinaan kini. Selain itu, kajian ini juga dilihat membolehkan Jambatan Guillemard diwartakan secara rasmi sebagai suatu warisan ketara. Ringkasnya, penulisan laporan dan pemilihan Jambatan Guillemard ini adalah untuk mengangkat kembali Jambatan Guillemard sebagai mercu tanda bagi negeri Kelantan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 123
Supervisor: Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4502
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2