Digital Special Collection Portal

Kuih Muih Tradisional Melayu Johor : Kajian Kes di Kawasan Batu Pahat.


Citation

Farhatun Nisa Bakri (2019) Kuih Muih Tradisional Melayu Johor : Kajian Kes di Kawasan Batu Pahat. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Kuih muih tradisional adalah kuih yang dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan seperti pisang, ubi keledek, ubi kayu, sagu, tepung beras, tepung pulut, gula melaka, keladi, santan kelapa dan sebagainya. Kuih muih tradisional di Malaysia menggambarkan budaya dan tradisi penduduk yang berbilang kaum di negara ini. Kuih muih tradisional di Johor melambangkan identiti kepada setiap sub etnik melayu yang terdapat di negeri tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka sejarah dan perkembangan kuih muih tradsional melayu Johor. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kuih muih tradisional melayu Johor serta menganalisis potensi kuih muih melayu tradisional melayu Johor sebagai salah satu gastronomi melayu. Kaedah kajian yang digunakan adalah kualitatif iaitu melalui kajian perpustakaan, pemerhatian dan kajian lapangan serta kaedah kuantitatif iaitu penggunaan kaedah soal selidik. Teori fungsionalisme digunakan bagi mengkaji kuih muih tradisional melayu Johor dalam struktur sosial masyarakat setempat khususnya. Hasil kajian mendapati kepelbagaian kuih muih tradisional yang terdapat di Johor adalah berasal daripada sub etnik melayu yang wujud di Johor seperti Jawa, Banjar, Bugis dan melayu Watan. Selain itu, majoriti responden juga bersetuju bahawa kuih muih tradisional semakin dilupakan dan hanya digemari oleh sesetengah golongan sahaja. Oleh kerana itu, ramai responden yang menyatakan setuju terhadap cadangan penambahbaik dari aspek pembungkusan, pemasaran, penghasilan dan pelbagai lagi seperti yang dinyatakan di bahagian terakhir soal selidik.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 94
Supervisor: Dr. Daeng Haliza Binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4480
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2