Digital Special Collection Portal

Pemuliharaan Rumah Melayu Tradisional: Tradisi Angkat Rumah


Citation

Azizan, Hanis Azira (2019) Pemuliharaan Rumah Melayu Tradisional: Tradisi Angkat Rumah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Pemuliharaan merupakan satu cabang daripada bidang konservasi yang meluas.
Pemuliharaan juga dikelaskan kepada pelbagai bidang dan salah satu antaranya adalah pemuliharaan terhadap struktur bangunan. Bangunan merupakan struktur yang dibangunkan hasil gabungan kerangka utama daripada tiang, dinding dan bumbung.
Gabungan hasil tiga kerangka utama tersebut akan menghasilkan pelbagai bentuk bangunan seperti kayu, batu, dan konkrit bergantung kepada bahan yang digunakan dalam proses pembinaan. Rumah-rumah Melayu tradisional adalah antara struktur bangunan yang telah mengalami proses konservasi pemuliharaan. Kajian ini, mengetengahkan konsep pemuliharaan berdasarkan tradisi atau suatu aktiviti yang diwariskan daripada generasi terdahulu. Tradisi mengangkat rumah adalah kaedah yang telah digunapakai oleh masyarakat Melayu dahulu yang bersesuaian dan relevan dengan konsep pemuliharaan bangunan pada masa tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendokumentasi secara jelas berkaitan sejarah atau permulaan tradisi ini mula direkodkan secara bertulis. Disamping itu, kajian ini juga akan merungkai aspek spiritual yang melatari tradisi ini dari segi amalan dan kepercayaan berkaitan tradisi mengangkat rumah. Aspek teknikaliti dari sudut tatacara gerak kerja tradisi ini dijalankan juga akan disertakan secara jelas dengan menggunakan gambar dan lukisan.
Diakhir kajian ini, akan dijelaskan secara ilmiah dan berautoriti bagaimana tradisi mengangkat rumah ini dikaitkan sebagai salah satu kaedah dalam pemuliharaan bangunan secara tradisional dengan merujuk kepada Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan, 2016.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2019
Number of Pages: 113
Supervisor: En. Sahrudin Bin Mohamed Som
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Konservasi warisan) dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4457
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2