Kajian ini adalah mengenai kepentingan low key lighting dalam filem seram Hollywood.
Lighting memainkan peranan penting dalam setiap genre filem seperti aksi, fantasi,
romantik, sains fiksyen, dan crime. Terdapat pelbagai jenis lighting yang digunakan dalam
setiap filem yang memberi nyawa kepada genre filem tersebut. Low key lighting merupakan
lighting yang sering digunakan dalam filem seram. Low key lighting lebih mementingkan
fokus terhadap kegelapan. Filem seram biasanya memberi keutamaan terhadap
pengunaan lighting supaya dapat memberi perasaan takut kepada penonton yang juga
meningkatkan perasaan ingin mengetahui jalan cerita filem hingga akhir. Lighting
memainkan peranan penting dalam filem seram dimana lighting memberi perbandingan
terhadap genre filem yang lain. Lighting juga memainkan peranan dalam memberi
pandangan kepada krew produksi untuk menggunakan prop, pelakon, dan scene tertentu.
Selain itu, lighting memberi petunjuk kepada penonton mengetahui perwatakan watak
dalam filem tersebut. Lighting juga dapat dilaraskan dengan emosi watak seperti dalam
skrip dalam filem seram. Bagi memberi pandangan yang luas pengkaji telah menggunakan
dua filem seram Hollywood sebagai contoh untuk menyokong tajuk kajian ini. Filem seram
yang digunakan adalah Annabelle dan Conjuring yang merupakan filem seram yang
ditontoni oleh ramai penonton. Kedua-dua filem seram tersebut menggunakan low key
lighting yang membuatkan filem tersebut lebih realistik. Kaedah lighting yang diggunakan
harus disampaikan kepada semua generasi yang di bawah bidang filem supaya
kaedah-kaedah ini dapat digunakan selamanya. Peralatan lighting yang digunakan harus
mudah diperoleh oleh setiap produksi yang mempunyai budget yang rendah dan juga
tinggi.