Citation
Othman, Nur Shahirah (2020) Akal Budi Orang Melayu Dalam Cerita Rakyat Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. |
Abstract
Cerita rakyat Malaysia merupakan cerita yang telah wujud pada zaman dahulu lagi. Cerita rakyat ini sarat dengan nilai nilai murni yang terkandung di dalam setiap cerita nya. Penulisan cerita rakyat adalah satu kajian yang melibatkan tinjauan ke belakang , satu gambaran sistem masyarakat dan kegiatan budaya nya yang bersifat tradisional. Cerita cerita rakyat ini dihasilkan melalui pengetahuan yang diperluaskan dengan bermacam macam perkara dari segi alam, persoalan tentang kehidupan dan pengalaman pengalaman yang mampu membentuk jasmani,emosi, rohani, dan intelek manusia. Pengkaji telah memilih kajian ini dengan mengunakan sumber utama iaitu Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia untuk melihat sejauhmanakah nilai nilai murni orang Melayu melalui cerita rakyat yang dipilih. Cerita rakyat yang dipilih sudah semestinya mempunyai akal budi orang Melayu yang dapat membentuk jati diri seseorang Melayu. Objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis akal budi orang melayu di dalam cerita rakyat. Selain itu, objektif kajian adalah untuk merumuskan dan membincangkan dan pengaplikasian teori Pengkaedahan Melayu dalam cerita rakyat. Teori Pengkaedahan Melayu yang dibawa oleh tokoh Hashim Awang turut digunakan dalam kajian ini. Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan menjadi kegunaan bagi memantapkan kajian yang dilakukan. Tambahan lagi, analisis secara kualitatif dijadikan sebagai panduan untuk melakukan kajian. Dapatan kajian yang terdapat dalam Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia karya Zainariah Abdul Wahab sudah terbukti mempunyai nilai akal budi yang murni melalui cerita rakyat yang dipilih dan terdapat wujudnya satu keadaan dimana cerita rakyat Malaysia penuh dengan warisan kebudayaan yang menjadi titik tolak kepada pembangunan dalam masyarakat orang Melayu serta menjadi medium untuk memberikan kesan yang positif terhadap kehidupan seharian orang Melayu. |
Download File / URL
Full text not available from this repository.
Official URL: https://ftkw.umk.edu.my/
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2020 |
Number of Pages: | 104 |
Supervisor: | Dr. Mohd Firdaus Bin Che Yaacob |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4327 |
Statistic Details: | View Download Statistic |