Penyelidikan dan hasil kajian yang dilakukan mengenai kritikan sosial yang dipaparkan oleh
arahan Namron dalam filem One Two Jaga yang diterbitkan pada tahun 2018. Kritikan Sosial
dalam filem memaparkan bagaimana kehidupan yang berlaku dalam masyarakat sekarang yang
merupakan cerminan masyarakat. Berdasarkan kajian ini adalah untuk mengenal pasti serta
menganalisis apakah isu-isu sosial yang terdapat dalam serta apakah yang mendorong unsurunsur
isu sosial ini berlaku. Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan membuat
analisis kandungan pada filem tersebut. Antara isu sosial yang dipaparkan oleh Namron ialah
tentang golongan unit beruniform Polis Diraja Malaysia yang melakukan jenayah rasuah, isu
sosial pendatang asing tanpa izin yang ditindas. Keseluruhannya, kajian ini mampu memberi
manfaat dan contoh yang baik bagi tujuan kepada penyelidik dalam mengkaji isu-isu kritikan
sosial.
KATA KUNCI : Kritikan Sosial, isu sosial, politik, masyarakat, filem, One Two Jaga