Kajian pada karya ini adalah memberi fokus utama terhadap simbolik instrument pemujaan alam mistik di masyarakat melayu. Hal ini menarik pengkaji untuk membuat kajian mengenai alam mistik adalah kerana ia merupakan alam yang tidak boleh diterokai oleh minda manusia yang normal dengan mudah malahan masyarakat melayu di Malaysia sangat sinonim dengan alatan-alatan yang melibatkan alam mistik ini. Malahan konsep yang sukar untuk difahami dalam alam mistik telah mendorong kepada pengkaji untuk mendalami ilmu disebalik alam lain ini. Selain itu, pengkaji menggunakan aliran seni halus iaitu seni instalasi untuk dijadikan visual kepada alam mistik dengan menggunkan
bahan-bahan media yang bersesuai seperti alatan dari bahan ritual serta warna-warna akrilik, cat minyak, turpentine dan abu arang serta bahan lain yang berkaitan. Di hujung kajian ini karya instalasi akan menggunakan visual yang mengaplikasikan hasil gabungan dari imaginasi serta maklumat yang diperoleh semasa melakukan kajian ini dengan menggunakan konsep pemerhatian serta maklumat dari soal selidik yang telah dianalisis.