Digital Special Collection Portal

Nilai-Nilai Keislaman Menerusi Cerpen-Cerpen Terpilih dalam Seuntaian Rindu Firdaus Karya Ana Balqis: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Nur Safiah, Mohmad Zakir (2020) Nilai-Nilai Keislaman Menerusi Cerpen-Cerpen Terpilih dalam Seuntaian Rindu Firdaus Karya Ana Balqis: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Cerpen merupakan satu bentuk kesusasteraan baru (moden) yang terawal diperkenalkan berbanding genre kesusasteraan yang lain seperti novel, puisi, drama dan esei atau kritikan. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti nilai-nilai keislaman yang terkandung menerusi cerpen-cerpen terpilih dalam seuntaian Rindu Firdaus karya Ana Balqis. Seterusnya, merumuskan dan membincangkan nilai-nilai keislaman tersebut serta pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu menerusi nilai-nilai keislaman yang terkandung dalam cerpen-cerpen terpilih dalam seuntaian Rindu Firdaus karya Ana Balqis. Di samping itu, kajian ini membataskan kepada kumpulan cerpen Rindu Firdaus karya Ana Balqis. Tambahan lagi, pendekatan analisis kualitatif telah digunakan sebagai kerangka panduan dalam kajian ini. Selain itu, Teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang telah diaplikasikan dalam kajian ini. Berdasarkan analisis dan dapatan kajian, kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa terdapat banyak nilai-nilai keislaman yang ditunjukkan dalam cerpen ini terutama lima cerpen pilihan pengkaji iaitu cerpen Dialog Dua Perempuan, Mencari Syawal, Telur, Rindu Firdaus dan Rindu Berkampung. Penemuan nilai-nilai keislaman dalam kelima-lima buah cerpen ini sememangnya dapat memberikanpengajaran dan kesedaran kepada pembaca serta sebagai satu wadah untuk meningkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah SWT.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw@umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2020
Number of Pages: 72
Supervisor: Dr.Mohd Firdaus Bin Che Yaacob
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4307
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2