Citation
Nur Safiah, Mohmad Zakir (2020) Nilai-Nilai Keislaman Menerusi Cerpen-Cerpen Terpilih dalam Seuntaian Rindu Firdaus Karya Ana Balqis: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). |
Abstract
Cerpen merupakan satu bentuk kesusasteraan baru (moden) yang terawal diperkenalkan berbanding genre kesusasteraan yang lain seperti novel, puisi, drama dan esei atau kritikan. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti nilai-nilai keislaman yang terkandung menerusi cerpen-cerpen terpilih dalam seuntaian Rindu Firdaus karya Ana Balqis. Seterusnya, merumuskan dan membincangkan nilai-nilai keislaman tersebut serta pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu menerusi nilai-nilai keislaman yang terkandung dalam cerpen-cerpen terpilih dalam seuntaian Rindu Firdaus karya Ana Balqis. Di samping itu, kajian ini membataskan kepada kumpulan cerpen Rindu Firdaus karya Ana Balqis. Tambahan lagi, pendekatan analisis kualitatif telah digunakan sebagai kerangka panduan dalam kajian ini. Selain itu, Teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang telah diaplikasikan dalam kajian ini. Berdasarkan analisis dan dapatan kajian, kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa terdapat banyak nilai-nilai keislaman yang ditunjukkan dalam cerpen ini terutama lima cerpen pilihan pengkaji iaitu cerpen Dialog Dua Perempuan, Mencari Syawal, Telur, Rindu Firdaus dan Rindu Berkampung. Penemuan nilai-nilai keislaman dalam kelima-lima buah cerpen ini sememangnya dapat memberikanpengajaran dan kesedaran kepada pembaca serta sebagai satu wadah untuk meningkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah SWT. |
Download File / URL
Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw@umk.edu.my
|
Additional Metadata
Item Type: | Undergraduate Final Project Report |
---|---|
Collection Type: | Final Year Project |
Date: | 2020 |
Number of Pages: | 72 |
Supervisor: | Dr.Mohd Firdaus Bin Che Yaacob |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Creative Technology and Heritage |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4307 |
Statistic Details: | View Download Statistic |