Bahan kitar semula dianggap sesuatu barangan yang boleh dikitar semula ataupun bahan terpakai diguna pakai untuk tujuan tertentu. Bahan kitar semula dibahagikan kepada plastik, kertas, kaca dan barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dijadikan sesuatu benda yang
berfaedah dan mendatangkan keuntungan. Bahan kitar semula ataupun barangan terpakai biasanya barangan yang telah digunakan dan diproses untuk menjadi sesuatu bahan yang baru. Namun kini bahan kitar semula telah menjadi minat para rakyat untuk mereka cipta benda baru dengan menggunakan bahan terpakai. Oleh sebab itu kajian ini dilakukan kerana untuk melihat adakah bahan kitar semula ataupun terpakai seseuai untuk digunakan dalam menghasilkan teknik dalam seni halus iaitu teknik kolaj serta menghasilkan karya yang menarik. Kajian ini juga menyatakan objektif iaitu mengaplikasikan bahan kitar semula dalam teknik kolaj untuk menghasilkan karya seni halus kedalam karya. Selain itu, mengkaji pengaruh bahan
semula jadi sebagai bahan sebagai skop kajian menggunakan teknik kolaj dan menghasilkan karya yang bersiri kolaj yang berinspirasikan teknik-teknik kolaj sebagai simbolik kepada bahan kitar semula kedalam karya. Kaedah metodologi yang digunakan ialah melalui kualitatif
iaitu kaedah temu bual, kaedah pemerhatian, kaedah laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang telah dikaji. Kesimpulannya dapat dilihat bahawa bahan-bahan kitar semula ataupun barangan terpakai sesuai untuk dijadikan karya dalam teknik kolaj. Dengan adanya kajian ini akan dapat memberikan maklumat mengenai tajuk tersebut kepada pengiat seni untuk terus menghasilkan karya dan seni yang lebih menarik.