Digital Special Collection Portal

Persepsi Masyarakat Lembah Bujang Terhadap Potensi Lembah Bujang Sebagai Kawasan Arkeopelancongan


Citation

Nor Shafiqah, Ismail (2020) Persepsi Masyarakat Lembah Bujang Terhadap Potensi Lembah Bujang Sebagai Kawasan Arkeopelancongan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Penyelidikan arkeologi telah menemukan pelbagai data dan maklumat penting terutama dalam membantu sejarah tapak warisan negara dalam mendapatkan data yang lebih tepat. Terdapat beberapa tapak bersejarah yang berpotensi sebagai kawasan arkeopelancongan yang dapat membantu sektor pelancongan negara. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sejarah perkembangan Lembah Bujang, mengenalpasti potensi arkeopelancongan yang terdapat di Lembah Bujang dan menganalisis persepsi masyarakat Lembah Bujang terhadap arkeopelancongan di Lembah Bujang. Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah kaedah
kualitatif dan kuantitatif. Selain itu, kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah menggunakan sumber premier seperti temu bual dan soal selidik manakala kaedah sekunder menggunakan kajian kepustakaan, rakaman audio, foto dan kajian lepas. Kaedah temubual dilakukan bagi mendapatkan sejarah perkembangan Lembah Bujang dan mengenalpasti potensi arkeopelancongan yang terdapat di Lembah Bujang manakala kaedah soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi Masyarakat Lembah Bujang terhadap arkeopelancongan di Lembah Bujang. Kajian
ini menggunakan Teori Persepsi yang dikemukakan oleh Sondang P Siagian (2004) untuk meneroka faktor yang mempengaruhi persepsi Masyarakat Lembah Bujang terhadap arkeopelancongan di Lembah Bujang. Oleh itu, berdasarkan teori ini terdapat tiga faktor iaitu faktor individu, faktor sasaran persepsi dan faktor situasi, bagi menganalisis persepsi masyarakat setempat. Hasil analisis mendapati Lembah Bujang berpotensi sebagai kawasan arkeopelancongan berdasarkan persepsi majoriti masyarakat setempat. Hasil kajian mendapati, arkeopelancongan memberi impak yang positif terhadap ekonomi dan sosial di Lembah Bujang. Maka, terdapat beberapa cadangan yang dikenalpasti iaitu kajian akan datang, pihak bertanggungjawab, individu dan masyarakat untuk bekerjasama membangunkan Lembah Bujang sebagai
arkeopelancongan.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://ftkw.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2020
Number of Pages: 124
Supervisor: Cik Daeng Haliza Bt Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4290
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2