Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk Kajian Terhadap Membangunkan Medium Animasi 2D Sebagai Media Pembelajaran Bagi Pelajar Multimedia Kreatif Di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian ini dikaji mengikut fokus kemahiran secara visualisasi yang penting dalam proses pembelajaran. Penggunaan animasi 2D sebagai media pembelajaran ini menyediakan suasana yang lebih interaktif kepada penggunanya bagi memahami setiap yang mereka lihat dan pelajari. Hal ini kerana memasukkan unsur-unsur Animasi 2D adalah sesuatu yang baik yang mana memberikan banyak elemen yang menarik minat dan pengetahuan bagi pembelajaran pelajar. Penambahan elemen ini dapat memberi pemahaman konsep dan maklumat lebih terperinci dengan adanya karakter kartun sebagai struktur utama dalam penghasilan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan. Kebanyakkan pembelajaran menggunakan animasi ini mudah difahami dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan kepada pelajar. Tambahan pula, Multimedia dan Animasi ini sangat berhubungkait antara satu sama lain bagi menghasilkan sebuah sistem pembelajaran yang menyeronokan. Benarlah, bahawa penggunaan pembelajaran animasi ini sangat memainkan peranan yang penting dalam membentuk daya pemikiran pelajar menjadi kuat dan fokus bagi memahami setiap pembelajaran yang disediakan.