Kajian ini bertujuan untuk menganalisis, mengkaji dan mengeksplorasi tentang rupa dan bentuk seni ilustrasi melalui gaya ilustrasi dalam manifestasi ikon Malaysia sebagai subjek kajian dalam penghasilan karya catan digital. Pengkaji memilih ikon Malaysia sebagai visual atau gambar karya digital untuk penghargaan kepada tokoh menjadi ikon generasi atas sumbangan dan pencapaian yang sangat membanggakan menjadi impian masyarakat. Karya ini menampilkan tokoh-tokoh terkemuka tanah air dari pencapaian luar biasa sehingga membawa kejayaan ke benua Asia. Seni digital adalah gambaran secara digital menghasilkan garis, gambar dan warna terbentuk dari titik digital monitor. Digital painting adalah seni moden pengkaji membuat karya menggunakan komputer sebagai pengganti kanvas dan pen tablet sebagai pengganti berus. Pengkaji tidak perlu menyediakan bahan-bahan lukisan seperti alat lukis, kanvas dan alatan lain. Pengkaji boleh membuat lakaran dan karya yang telah tersedia dalam software atau program iaitu Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator mempunyai semua kelengkapan untuk menghasilkan lukisan.