Digital Special Collection Portal

Kajian Tentang Cara Pengajaran Seni Khat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.


Citation

Wan Nur Nadhirah W Mahmod (2021) Kajian Tentang Cara Pengajaran Seni Khat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). (Submitted)

Abstract

Seni khat merupakah salah satu kesenian Islam yang halus dan indah serta mempunyai kedudukan tersendiri oleh umat Islam. Seni khat bukan sahaja berfungsi sebagai penyampai maklumat yang dicipta dengan penuh teliti dan hemat yang tinggi malah kesenian ini mengandungi nilai abstrak yang dihiasi dengan kehalusan, kelembutan, pergerakan, keharmonian, kesinambungan, jalinan dan tekstur. Maka
tidak menjadi suatu persoalan mengapa seni khat memberi hasil terakhir yang sangat mengagumkan, unik dan kemas. Hal ini kerana faktor tokoh seni itu sendiri yang
berpengalaman dan menguasai pelbagai teknik penghasilan. Ketujuh-tujuh nilai itu penting sebagai ilmu dan kaedah yang tepat dalam kesenian proses penghasilan seni khat, jika tidak diaplikasikan nilai-nilai itu di dalam kehalusan seni khat maka untuk mendapatkan hasil yang bermutu sangat sukar diperolehi kerana sesuatu hasil yang
dikerjakan memerlukan masa yang lama, kaedah yang pelbagai dan ketelitian yang tekun serta keikhlasan jiwa yang telus. Terdapat 6 jenis tulisan seni khat yang lahir dalam Islam anataranya ialah khat Kufi, khat Nasakh, khat Thuluth, khat Farisi, khat Riq’ah dan khat Diwani. Walaupun memiliki perbezaan dan teknik penulisan yang berbeza-beza, namun begitu, ia masih ada hubungkait antara satu dengan lainnya. Contoh khat kufi banyak berpengaruh kepada jenis-jenis khat lainnya seperti Riq’ah dan Diwani bahkan menjadi penyempurna corak ini.
Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan berkaitan keindahan seni Islam dunia iaitu cara pengajaran seni khat dalam kalangan Sekolah Rendah Cherang Ruku yang bertempat di negeri Kelantan. Kajian yang dibuat telah memilih kaedah kualitatif sebagai kaedah untuk mengumpulkan data, menganalisis data serta
menghurai data dengan melakukan tinjauan yang berdasarkan pada pengedaran soal selidik untuk mendapatkan maklumat mengenai data responden, persepsi dan juga tahap persetujuan dan pembangkangan responden. Selain itu juga, kaedah pemerhatian juga termasuk dalam kaedah kualitatif dimana kaedah ini melibatkan aktiviti memerhati sesuatu yang berkaitan dengan kajian penyelidikan. Sesungguhnya
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cara pengajaran tokoh seni khat dan mengenal pasti pendekatan pengajaran tokoh seni khat serta mengenal pasti kaedah
terbaik pengajaran tokoh seni khat.

Download File / URL

[thumbnail of WAN NUR NADHIRAH W MAHMOD.pdf] Text
WAN NUR NADHIRAH W MAHMOD.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 60
Supervisor: Dr. Yuhanis bin Ibrahim
Programme: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4058
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2